aku senyum.
pin butang aku pun senyum.
kuning lagi.
menyerlah bukan.
anda terasa ingin tersenyum?
nah sekarang!
anda sudah tersenyum.
psikologi bukan?
pelik.
ada yang fikir lain.
ada yang kata saya ini budak2..
sebab pakai butang senyum itu.
kecewa saya.
namun betul juga kata lelaki bermisai hitam itu..
dia cuba perli namun aku tak faham.
sindiran dia jauh tersasar.
aku memang budak2
apa salah jadi budak budak?
apa hebat sangat dengan kedewasaan?
orang dewasa itu diukur dengan umur.
namun ada yang masih akal fikiran seperti budak 5 tahun.
ada yang masih muda
namun akal lebih matang dari ibu-bapa mereka.
aku suka jadi budak.
sebab aku budak aku tahu aku kena belajar.
sebab aku budak aku tahu aku akan selalu kena marah dan ditegur
sebab aku budak aku tahu hidup ini masih panjang.
jadi senyum kepada kehidupan yang bakal dipenuhi cabaran.
kalau aku dewasa,
orang harap banyak sangat.
aku tak mahu.
kalau aku dewasa
aku tak boleh terkinja-kinja
aku tak mahu
lelaki bermisai lebat itu,
agaknya fikiran beliau terlalu dewasa.
kata dia,
dia banyak tanggungjawab.
pergilah kamu menjadi dewasa.
aku tak mahu.
aku mahu jadi doktor yang masih berfikiran budak.
sebab aku budak
aku tetap ceria.
aku jatuh , aku nangis dan aku bangun balik.
kalau dewasa jatuh , nangis buat malu, orang ramai pun tambah ketawa.
betol tak?
jadi lelaki bermisai, jgn jatuh ye!











